Popular Posts

Tuesday 6 March 2012

kaligrafi islam


TULISAN KHAT

Seni khat ialah satu ilmu yang memperkenalkan bentuk- bentuk huruf tunggal, penyusunanya dan cara-cara merangkainya menjadi sebuah tulisan yang tersusun. khat merupakan seni tulisan yang indah yang mempunyai nilai kehalusan dan kesenian. Nilainya tinggi kerana ianya mudah dirobah mengikut penulisan, bahkan tulisan seolah olah mempunyai irama, ia juga disandarkan pada subjek-subjek yang berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci dan kata-kata bijak pandai hukama'.

KEPENTINGAN SENI KHAT
  • Ia mempunyai kaitan dengan peningkatan tahap tamadun itu sendiri. sebab itu ia merupakan hasil aktiviti masyarakat maju dan bertamadun.
  • Salah satu maksud dalam saranan Nabi Muhammad s.a.w agar umat islam membaca dan menulis ayat-ayat al-Quran dengan baik.
  • Keindahan tulisan merupakan kelembutan jari dan kehalusan pemikiran serta citarasa penulisnya.
  • Rasulallah s.a.w menggalakkan penulisan khat. sabda Rasulallah s.a.w yang bermaksud:" hendaklah kamu mengindahkan seni khat kerana ianya nerata kunci rezeki".
  • Saidina Ali pernah berkata:'' serikan anak-anakmu dengan ilmu seni tulis kerana tulisan merupakan perkara yang paling mustahak dan menyeronakkan''.



Add cap